Wednesday 12 December 2012

Kisah ku yang tak ada sapa kesah

Jarang benar saya menghapdate belog ini. Nak kate buzy tu tak de lah.. Tp buzy la jgk terutama nya untuk saya yg bkerja base on shift nih..

Ikut kan hati nak je bhenti. Tp zaman sekarang ni xleh la nak memilih keje..sob sob..jadi layan kan la aje keje sebagai helpdesk ni..keje oh keje..nasib baik gaji kau ok untuk ku menerus kan hidup ini di kuala lumpur bandar metropolitan yg penuh pancaroba ini..ececeh...Tp yg tak ok nye stress je manjang sebab kena menghadap customer yang call in sebab diorang facing some issue.. Singaporean lak tu..giler cerewet and banyak songeh uols..tp tak semua la mcm tu. (maap ye singaporean..saya bukan nk kutuk khikhik..)

Btw,kalo nak compare pengalaman saya la kan..kalo handle customer Malaysia takde la se stress ini..huhuhu..Malaysia kan sweet and berbudi bahasa gitew.. Saya bebangga jadi rakyat Malaysia..wahwahhhh ayat ala2 bjiwa patriotik iols..

Tapi yg untung nya bila keje dlm sektor customer service ni, kite tak mudah tertindas bila nk beli sesuatu produk..Dengan kata lain bila kite bli produk tu, kalo tertipu pon, kita tau nak tuntut hak sebagai customer.
Macam pengalaman saya dengan Maxis, tetiba credit kena tolak (6hengget jer pon)..Dah la tolak credit..dorang langsung tak bagi notification..senyappppp jek, tu yang nak marah tu. Ape lagi, saya pon call la Maxis careline mintak refund. ALhamdulillah lepas 3ari dapat la refund tu.. Wahai En Maxis (eh maxis ni de jantina ke..hikhik) lain kali kalau system down ke, dah TERTOLAK credit custtomer, sila la buat auto refund. Ish ish

Sekian sahaja la bebelan dari saya, nanti lain masa saya akan bebel lagi.Wassalam




Friday 7 December 2012

Rahsia Solat Yang kita Perlu Tahu




Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :

“Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…





1. Niat Sembahyang
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud
Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir)
Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam
Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.



Sunday 18 November 2012

Puteri ku Sayang

Assalamualaikum wbt

Kali ni saya taknak celoteh bebanyak. Just nak share lirik nasyid, dari kumpulan Hijjaz. Luv this song so much. Setiap bait dalam lagu nih banyak sangat unsur-unsur nasihat yang boleh dijadikan panduan. Semoga kita akan jadi wanita solehah..Amin..


Aduhai puteriku sayang
Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang

Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembutmu kan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Kecergasanmu umpama benteng negara dan agama
Dan dirobohkan dan jua dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Aduhai puteriku sayang
Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga idaman


 



Tuesday 13 November 2012

Belajar Kereta Auto

Dah lame tak jenguk blog ni..maklum lah. saya ni bukan penulis..jauh sekali  seorang pemadah, pemuitis dan sebagainyelah.. post kali ni adalah cara2 nak memandu kereta auto...(hahahahah gelak guling sbb dah besar pon xtau bwk kete..auto pulak tu) Tp xpe lah, at least de jgk semangat n jati diri utk mencuba, kalo tak smpai bile nk naik teksi..ye dop...

So bwh ni adalah ramuan-ramuan  langkah2 yg perlu di ambil untuk belajar kereta auto ni...sumber dari encik gugel...


1. Cari pemandu berpengalaman, seelok-eloknya guru sekolah memandu untuk mengajar anda..(yela kan dorang kan berpengalaman..tak gituhhh)2. Sekiranya anda telah belajar cara memandu kereta transmisi manual, maklumkan pada guru yang ingin mengajar...(kalo xmaklumkan macam ne dorang nak tau kehendak korang kannnnn)
3. Beritahu masalah yang anda hadapi. Seperti tidak tahu cara menukat gear dan macam-macam lagi.
4. Duduk disebelah guru memandu dan dengar peneranganya. (dengar penerangan n bukan nya berangan yee)5. Perhatikan cuma terdapat dua pedal di dalam kerta transmisi automatik iaitu pedal brek dan pedal minyak.
6. Pastikan cuma kaki kanan yang menekan pedal. Kaki kiri rehatkan di lantai.
7. Perhatikan kedudukan gear. Berbeza daripada manual yang mempunyai 5 gear dan gear R. Transmisi auto mempunyai beberapa pilihan iaitu P untuk Parking, R untuk gear undur, D untuk memandu dan N untuk Neutral ( Digunakan sekiranya kereta perlu ditolak atau ditarik).




8. Periksa kedudukan gear berada pada parking (P).
9. Hidupkan enjin. (kalo enjin xidup mcm ne kete nk gerakkkk)
10. Tekan pedal brek dengan kaki kanan. (part ni ak dah start neves ni)
11. Gerakkan gear daripada kedudukan (P) ke kedudukan (D).
12. Untuk keselamatan, lihat sekeliling, termasuk titik buta (blind spots) dalam keadaan brek tangan belum diturunkan.
13. Sekiranya keadaan selamat, lepaskan brek tangan. (kalo xselamat jgn lepaskan..duduk je situ sampai kejang..haha)14. Gunakan isyarat sekiranya ada kenderaan lain.
15. Lepaskan brek kaki dengan perlahan dan kereta akan mula bergerak kehadapan.
16. Tekan pedal minyak untuk meningkatkan kelajuan.

Gerakkan gear daripada “D” ke “3″, “2″, or “L” untuk mengawal kelajuan ( tanpa brek) dalam keadaan tertentu seperti mendaki, kesesakan lalu lintas dan hujan.




Itu saja dari sy...selamat memandu..berhati-hati dijalan raya n jua dijalan2 kampung ,jalan2 perumahan dan lain2  http://mforum.cari.com.my/images/smilies/onion/hero.gif



Tuesday 23 October 2012

Hari ini dalam sejarah..


wahhh tajuk, sangat lah steriotaip..by the way memang ari ni sangat la bsejarah bagi aku sebab bjaya mwujud kan blog ini..tiba2 mengidam nak wat blog so leh lah aku conteng2 kat wall dengan jayanya..ye la..nk conteng2 kat FB kang takut org nyampah kat aku..hehe

hurmmm stakat ni la buat kali ni..wassallam and byee